Ahad, 5 Mei 2013

MB YAKIN BN PERAK MENANG SELESA

Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat mencapai kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tidak mustahil BN akan memperolehi kemenangan majoriti dua per tiga pada pilihan raya kali ini. 

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak turut optimis BN akan meneruskan pemerintahan di peringkat kebangsaan dan juga negeri Perak.

Katanya, ini berdasarkan hasil tinjauannya yang menunjukkan perubahan sokongan rakyat yang begitu mantap kepada BN kali ini berbanding Pilihan Raya 2008. 

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat menilai prestasi dan rekod bersih kerajaan selama 4 tahun ini berbanding pembangkang. 


BACA SETERUSNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan