Rabu, 3 April 2013

PAS Gagal Pertahan Islam !

Mohd Zin ketika memberi ucapan di Bilik Perang BN Pandan Indah, semalam.

Kredibiliti Pas di Selangor didakwa sudah hancur kerana gagal mempertahankan akidah Islam di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, sekiranya Pas mengatakan satu undi kepada parti ini adalah untuk mempertahankan akidah Islam merupakan satu pembohongan.
Menurutnya, pemimpin Pas sebelum ini sanggup bersetuju dengan saranan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dalam isu penggunaan kalimah ALLAH hanya semata-mata untuk mendapatkan pulangan politik.

“Malah, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut tidak membenarkan kalimah ALLAH diguna pakai oleh orang bukan Islam namun Pas tidak mempertahankannya,” katanya semasa  lawatan kerja ke Parlimen Pandan, semalam.

Sebelum itu, Mohd Zin turut membuat lawatan kerja ke Bilik Perang BN di Pusat Komersial Pandan Indah, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lorong Bersih Pandan (Dun Cempaka) dan PDM Taman Saga (Dun Teratai).

Mengulas peluang BN untuk merampas kembali Dun Cempaka daripada Pas, Mohd Zin berkata, peluang itu ada dan tiada sebab BN akan kalah pada pilihan raya nanti memandangkan calon lawan adalah dari Pas.


Isnin, 1 April 2013

Jangan Ditanya Kenapa Kalau Kene Pukul Ramai2 !


Santai Petang : Layaaannnnn......

Jangan Sabotaj Dakwat Kekal !

Ahmad (kanan)menyapu bahan rangsangan lateks pada batang pokok getah yang telah ditoreh sempena perasmian kempen penggunaan bahan rangsangan lateks peringkat Terengganu, semalam


Pembangkang diingatkan supaya tidak cuba mensabotaj penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana penggunaan dakwat itu sendiri bagi penuhi desakan pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika berlaku unsur sabotaj, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan pihak sepatutnya perlu mengambil tindakan.

Justeru, beliau turut menasihati pengundi terutama di luar bandar dan kampung supaya tidak membiarkan sesiapa pun mencalit dakwat kekal pada tangan mereka sebelum tiba di tempat mengundi.

“Kalau sebelum ini kita nasihat agar kad pengenalan jangan bagi kepada orang lain bila dekat pilihan raya, jadi sekarang kita juga ingatkan pengundi jangan biarkan orang mencalit dakwat kekal di kuku mereka ketika berada di rumah atau di mana-mana sahaja.

“Dakwat kekal yang sebenar hanya akan dicalit sebelum pengundi menerima kertas undi ketika berada di pusat pengundian,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pendedahan dalam beberapa blog mengenai cubaan pihak tertentu yang merancang masuk ke kampung dan mencalit dakwat kekal pada pengundi sebelum menjelangnya hari mengundi sebenar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks Peringkat Negeri Terengganu 2013 di Dewan Sivik Kijal, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman; Ketua Pengarah Risda, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, Ahli Dewan Negara yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Senator Rohani Abdullah dan Pengarah Risda Terengganu, Zakaria Mat Zin.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu meminta pengundi yang diperdaya dengan dicalit dakwat bukan pada hari mengundi supaya segera membuat laporan polis.

Katanya, sekiranya perkara itu berlaku, pembangkang jelas menipu orang ramai tetapi kerajaan BN tidak pernah menipu rakyat, sebaliknya mengutamakan ketelusan dalam semua perkara termasuklah bersetuju menggunakan dakwat kekal.

Mengulas mengenai janji pembangkang pula, menurutnya, semua janji pakatan pembangkang termasuk menghapuskan cukai kenderaan import tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada negara malah boleh menjadikan negara muflis.

Sebaliknya, BN hanya menjanjikan apa yang mampu dilaksanakan sahaja kerana kerajaan bukan sekadar berjanji untuk menang, malah berusaha mahu menjamin kesinambungan pemerintahan negara.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan replika cek peruntukan Program Pembangunan Risda Negeri Terengganu 2013 bernilai RM13 juta dan replika cek Bantuan Skim Intensif Produktiviti Getah (SIPG) dan Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) 2013 bernilai RM795,800
kepada wakil penerima.


Santai Pagi: Persamaan Khalid Ismath dan Nik Aziz !




Santai Pagi : Siapa yang tidak kenal dengan Khalid Ismath? Tokoh Muda Syiah Malaysia yang berjaya dihasilkan oleh Pembangkang. Semakin lama, pemikiran si Khalid Ismath ini semakin bebal, masa depan gelap, bakal-bakal menjadi sampah masyarakat. Inikah ikon Anak muda Pembangkang masa kini? hancur masa depan anak muda kita!

Si Khalid Ismath ini menjadikan Nik Aziz sebagai ikonnya. 


[ SUMBER ]

Dah Gila Ke Apa..... Shopping Sambil Telanjang !


KAMUNTING CENTRAL: Aksi #Wanita Tanpa Seurat Benang Di Pasaraya Terse...: Berita ini bukan bermaksud pornografi, namun sebagai bahan renungan bahawa kita hidup dalam dunia yang sudah rosak teruk, yang sukar untuk...