Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham
Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat
selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen
di Bukit Kayu Hitam.
"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.
Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program
KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam
ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka
dalam pembikinan video tersebut.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.
Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini.
Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang
dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil
mengakui.
"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung
tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya.
Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka
masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan
menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.
SUMBER : budakbenteng.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan