Ahad, 31 Mac 2013

Perbezaan Anwar dan Najib Pada Kaca Mata Israel !


Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang begitu ketara antara Anwar dan Najib di kaca mata Israel. Anwar di angkat dan dijulang tinggi oleh Israel sebagai pemimpin hebat manakala Najib diburuk-burukkan dan direndahkan darjatnya.

Sejauh mana atau sedalam manapun Anwar cuba menutup hubungannya dengan Israel, kebenaran pasti terserlah juga. Masih ingatkan anda dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang amat dibenci oleh Isreal

ISREAL MENGUASAI DUNIA MELALUI PROKSI

Proksi Israel di Malaysia tidak lain dan tidak bukan ialah...

Artis Seberang Berpakaian Tidak Senonoh !




[ Lagi gambar disini ]

Nasib orang muda terumbang-ambing jika pembangkang berkuasa - Ghani Othman


Generasi muda bakal mewarisi negeri ini dalam keadaan masa depan yang suram, gelap dan tidak menentu sekiranya mandat kali ini diberi kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketidakcekapan pembangkang dalam urus tadbir akan membuatkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara terjejas dan secara langsung memberi kesan buruk terhadap peluang dan pasaran kerja.
Abdul Ghani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati di sini malam semalam.



Sabtu, 30 Mac 2013

Pembangkang rancang kekecohan PRU13 dengan edar risalah


Parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Risalah itu didakwa menyebut, peringkat pertama yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan, mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peringkat kedua pula menurut risalah yang tertera lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan mewujudkan twitter khas memperlekeh SPR.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Strategi kotor itu didedahkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah dalam sidang akhbar di tapak Wisma Gayong Malaysia, di sini hari ini.

Adiwijaya berkata, maklumat yang diterima PSSGM itu agak mengejutkan dan sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

"Kami terkejut apabila terdapat manual pilihan raya pembangkang yang mengandungi saranan untuk menimbulkan kekecohan semasa PRU-13 kelak.

"Kemungkinan besar mereka mahu mencipta suasana tidak aman tersebut agar tindakan dapat diambil terhadap mereka. Sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil," katanya.

Dalam sidang akhbar tersebut, Adiwijaya menunjukkan salinan risalah dengan kepala surat menggunakan lambang parti pembangkang bertarikh 15 Disember 2012 yang meminta ahli-ahli dan petugas PKR melakukan kekecohan di pusat mengundi di 10 kawasan Parlimen.

PSSGM, sehubungan itu menggesa agar SPR menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan berkenaan.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat memberikan jaminan dan memastikan keselamatan orang ramai semasa pilihan raya nanti khususnya di tempat pembuangan undi," katanya.

Ditanya penafian Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semalam mengenai penglibatan pakatan pembangkang dalam hal itu, beliau menegaskan, PKR perlu membuat penafian perkara tersebut secara terbuka.

"Mereka perlu membuat sidang akhbar dan meminta supaya ahli-ahli mereka tidak melakukan sebarang kekecohan semasa PRU-13 nanti," katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi Rafizi bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas gagal.



RAHSIA RANCANGAN JAHAT PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Sebelum ni aku dah pernah siarkan pasal surprise-surprise yang puak pembangkang dah rancang terutama dari bekas banduan si Anwar.

KLIK SINI dan SINI untuk tahu lanjut.

Ini pula pendedahan terbaru untuk menghuru-harakan negara !!!

Seperti yang biasa mereka lakukan, Pakatan Rakyat yang menyedari pengaruh mereka semakin berkurangan akan menimbulkan kekecohan sewaktu kempen PRU serta hari pembuangan undi demi menimbulkan huru hara. 

Dan seperti biasa, mereka akan menyalahkan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan Pakatan sepakat membuat kacau.

Kumpulan BERSHIT mungkin akan terpedaya sekali lagi untuk buat hura hara. 

Pembangkang sanggup buat saja untuk berkuasa termasuk langgar undang-undang.

Kalau dah ketua namanya Anwar Ibrahim, pengikut-pengikut pun perangai macam setan !!!

Ikuti pendedahan terbaru ini;



Mencetuskan keganasan dan kekacauan bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi pembangkang. 

Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa. 

Sama seperti 2008, mereka meminta agar pemantau asing datang dan mereka tidak jadi membuat kacau bila keputusan pilihan raya memihak kepada mereka di lima buah negeri. 

Dokumen di atas mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. 

Memang sudah sekian lama PKR merancang untuk mengadakan keadaaan yang tidak tenteram di negara ini.

Keganasan yang sama mengikut modus operandi "tangan asing" sebagaimana yang terpapar dalam video di bawah ini. 

Revolusi dan kekacauan adalah senjata terakhir Anwar.

Mereka merancang membuat kekacauan ketika hari pembuangan undi, apakah kekacauan tersebut boleh jadi lebih awal lagi ? 

Apa sahaja boleh berlaku. 

Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. 

Undi boleh mengubah situasi.



SUMBER : Info 4 The Truth !


Jumaat, 29 Mac 2013

Akibat Taksub Politik !


Akibat taksub politik, sesetengah dari kita sanggup mengagung-agungkan pemimpin politik sampai ke tahap ini.


Apa yang berlaku dalam gambar di atas juga berlaku semasa peristiwa berdarah Memali.


Jom sama-sama kita saksikan video Memali yang cuba disembunyikan oleh PAS.

*Kepada MACAI, terimalah KEBENARAN walaupun ianya PAHIT.


PAS Dakwa Umno Rakam Video Seks Nabi Muhammad !


Khairul Fahmi Mat Som ,Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat perlihatkan mentaliti haprak pakatan cukup busuk dan kotor.Inikah contoh yang baik untuk diteladani oleh umat Islam?
Pemimpin parti khawarij ini dakwahnya lain macam,Dia mahu umat Islam membenci Umno dengan menghina Nabi Muhammad SAW.
Ini politik tahap low class,paling bangsat gampangnya melacurkan agama. Inikah yang dimahukan oleh pengundi yang boleh terjemahkan kepada kemenangan untuk menjadi kerajaan?
Khawarij PAS tidak pernah lupa untuk hina Nabi Muhammad SAW,bermula dengan Tok guru khawarij Nik Aziz hinggalah kepada para penganutnya. Dari nama Allah,syurga neraka,,ayat quran,agama Islam hinggalah kepada rasul kesemuanya dijadikan bahan politik.
Yang melakukan zina dan perlakuan rendah moral adalah pemimpin haprak pakatan,asalkan menentang Umno,kesemuannya dihalalkan.
Khawarij PAS anggap mereka yang bukan menganut Isle PAS bukanlah Islam sebenar,pahala adalah hak milik kepala bapak khawarij PAS.Mana mana pihak yang tidak sehaluan akan dihukum kafir dan masuk neraka.
Tanpa mengira idiologi ,sosialis atau komunis,pengemar seks bebas,pluralisme dan liberal,semua ini dihalalkan asal memusuhi Umno.Nik Aziz tidak punya hal bersekongkol dengan syaitan sekali pun asalkan dapat memuaskan hati beliau yang cukup hitam dan kesumat.
Khawarij PAS diajar untuk menyerang Umno dengan cara apa sekalipun. Anak jatuh longkang disalahkan Umno. Bini lambat balik rumah pun disalahkan Umno. Anak sendiri merempit pun disalahkan Umno.
Pisau kata ” patut mau ludah je kat muka mamat nih”


Khamis, 28 Mac 2013

SENARAI CALON PKR UOOLSSS...

Dap dan Pkr sudah booking kerusi selesa bagi calon masing masing. Pas nampaknya masih lagi tertinggal dari segi menempatkan kedudukan kerusi yang selesa bagi parti mereka. Nampaknya kerusi pas hanya akan diberi sekiranya kerusi itu adalah kubu kuat UMNO. Nampaknya pas terpaksalah berdepan dengan calon calon umno. Cubaan untuk melagakan umno dan pas adalah satu strategi licik untuk memecah belahkan umat islam yang pastinya menjadi penyokong kuat kepada kedua dua parti itu.

Dun Perak bubar automatik 25 April


Hello uoollsss. Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya pada 25 April ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang hingga tarikh berkenaan. Kerajaan negeri hanya menunggu isyarat kerajaan Persekutuan berhubung pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihanraya diadakan serentak di seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengeni tarikh membubarkan Dun malah Perak masih menpunyai tempoh lebih kurang sebulan sebelum terbubar secara automatik.

Tarikh DUN terbubar

"DUN Perak akan terbubar sacara automatik pada 25 April ini dan tidak timbul soal hendak bubar DUN seprti diuar-uarkan negeri pembangkang". "Apa yang jelas, kita akan mengadakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional dan kini kita menanti pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya elepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.



Rabu, 27 Mac 2013

Anwar Nasihat Umno Istighfar !


Hello uollss. Ingat lagi tak tentang video seks Anwar yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam kenyataannya menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT tentang isu video seks yang melibatkan beliau.



Ketika ditanya Anwar menafikan tuduhan menjadi perilaku dalam gambar itu. dan menyatakan video seks yang disebarkan itu hanya "fitnah pilihanraya".






Selasa, 26 Mac 2013

Menjelang PRU13 - Bubar atau terbubar !

\
Jelajah Janji Ditepati anjuran Barisan Nasional (BN) yang berakhir di Pahang kelmarin bukan petanda bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Ramai meramalkan kemungkinan ada berita mengenai pembubaran hari ini.

Jika tidak, negara akan menyaksikan, buat pertama kali satu Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik, esok, jika tidak dibubarkan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di England yang menetapkan tarikh keramat itu dalam masa tertentu.

Katanya, kerajaan lebih gemar mempraktikkan sistem spekulasi sekali gus membebankan banyak pihak khususnya rakyat kerana tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia menghadapi hari pengundian itu nanti.

“Menteri Kabinet pun tak tahu bila tarikh parlimen akan dibubarkan selepas jelajah BN terakhir semalam.

“... amalan memilih tarikh pilihan raya (hingga timbul spekulasi) di Malaysia hari ini diamalkan dalam sistem Parlimen British dulu.

“... apabila tidak nyatakan tarikh pilihan raya, menyebabkan banyak pihak tidak dapat buat perancangan dengan teratur dalam projek jangka panjang jabatan dan agensi kerajaan manakala pelaburan syarikat swasta pula terjejas.

“Ketidaktentuan tarikh pilihan raya akan merugikan masyarakat dan semua pihak,” katanya bercakap kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Chandra yang juga Presiden Just World Movement (Just) berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selepas cukup empat tahun dalam satu penggal sesebuah kerajaan itu memerintah.

Malah tegasnya, kerajaan Malaysia sepatutnya menetapkan tarikh atau bulan tertentu pada tahun kelima pemerintahannya supaya semua pihak lebih bersedia menghadapi PRU13 berbanding sekarang.

“Saya tidak bersetuju dengan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan tentang memilih tarikh pilihan raya.

“... tarikh (PRU13) harus ditetapkan lebih awal seperti berlaku di tempat lain.

“... lebih dua tahun kita kita tunggu... kita dah penat... ini amalan kurang sihat, kita perlu ubah cara ini, sejak 2010 lagi kita dah dengar bermacam-macam spekulasi Parlimen nak bubar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Februari tahun lalu dapat membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan Jelajah Janji Ditepati BN itu bukan penamat segala-galanya kepada kerajaan yang diterajui Najib sejak empat tahun lalu.

Mohamed Mustafa berkata, program tersebut yang sudah menjadi amalan BN itu sebagai langkah turun ke padang bertemu dan menilai tahap sokongan rakyat, sekali gus sebagai tinjauan persiapan terakhir jentera pilihan raya dan kedudukan BN menjelang PRU13.

“Pusingan turun padang PM dah lengkap dan dah tutup pun semalam di Kuantan, malah isu Sabah pula dalam kawalan.

“... saya rasa tiada lagi halangan (laksana PRU13), hanya kes di Sabah akan libatkan satu dua kawasan atau Parlimen saja, selebihnya akan adakan pilihan raya secara serentak,” katanya sambil menyifatkan Najib tidak boleh mengelak lagi daripada mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Rakyat susulan Dun Negeri Sembilan bakal berakhir esok.

Jelasnya, kerajaan BN tidak boleh menunggu beberapa lagi Dun terbubar dengan sendiri kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh pilihan raya Dun seminggu selepas ia dibubarkan dan 60 hari untuk melaksanakan pilihan raya.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melahirkan keyakinan bahawa pilihan raya melibatkan semua negeri akan diadakan serentak.

“SPR takkan nak buat pilihan raya Dun satu-persatu.

"... Dun Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada 26 Mac ini, kalau ikut amalan, lepas 27 haribulan SPR kena umum (tarikh pilihan raya Dun), tak boleh biar lebih 60 hari baru nak buat.

“... ikut kebiasaan, SPR akan tetapkan tarikh pilihan raya tidak sampai satu minggu,” kata Mohamed Mustafa sambil menyakini Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri dua majlis penting pada sebelah pagi dan petang, yang tidak memberi bayangan akan ada pengumuman pembubaran.

Tetapi, apa pun boleh berlaku!


Isnin, 25 Mac 2013

Kenapa orang Islam HARAM undi PAS?


Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini. Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut.
Cuba kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan ulama' pondok tadi. Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada tahun 70-an dulu.


Bicara Rakyat: Baru Joyah Tahu Aura Usop

Joyah lupa bahawa dulu dia mendapat kerja kerana bantuan dari usop. Sekarang bila joyah dah naik pangkat dan jawatannya lebih tinggi dari usop, sikap joyah mula berubah. 

Kalau dulu joyah akan minta izin dengan usop kalau mahu keluar sarapan atau makan tengahari. Malah joyah juga akan tunduk sebagai hormat kalau berjalan dihadapan usop. 

Tapi itu semua cerita dulu. Itu semua diwaktu joyah belum dinaikkan pangkat sebagai cip bahagian pembersihan di pejabat. Selepas bergelar cip pembersihan joyah melayan usop acuh tak acuh sahaja. Malah jawatan usop sebagai pion selalu dipersendakan oleh joyah apabila berbual dengan cleaner cleaner staff bawahannya.

bace seterusnya disini

Ku Li Serik Bekerjasama Dengan PAS

Walaupun pernah disebut-sebut sebagai tokoh kompromi untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) andainya pakatan pembangkang tidak boleh bersetuju calon dalam kalangan mereka, Tengku Razaleigh Hamzah berkemungkinan besar menolak tawaran itu kerana tidak dapat melupakan pengkhianatan yang dilakukan PAS ketika bersekutu dengan parti pimpinannya, Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kira-kira 20 tahun lalu.

Berdasarkan pengalamannya dan senario politik semasa, prospek Ku Li untuk keluar UMNO dan bertanding sebagai calon pembangkang atau Bebas dalam PRU-13 juga amat tipis.

Andainya nasihat beliau diminta, Ku Li pasti ada tiga perkara untuk diberitahu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP – sekutu PAS dalam pakatan pembangkang.

Pertama, nawaitu pemimpin PAS boleh dipertikai. Walaupun PAS menerima Islam dan addin sebagai slogan parti, ia tidak berani menandatangani perjanjian untuk menegakkannya.

Persetujuan PAS dengan Semangat 46 untuk menegakkan cara hidup dan hukum Islam hanya secara lisan saja. Ku Li yakin PAS tidak mahu dokumen hitam putih kerana ‘mereka berniat untuk menikam kita kemudian hari’.

Kedua, PAS tidak boleh dipercayai. Dalam PRU 1990, PAS meletakkan calon untuk bertanding tiga penjuru di beberapa tempat yang dipersetujui untuk ditandingi oleh Semangat 46. Contohnya, PAS meletak calon tajaannya di DUN Serada di Parlimen Marang (kawasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS ketika itu).
Pendam perasaan

Kata Ku Li, beliau terpaksa memendam perasaan demi menjaga perpaduan walaupun perit dan tahu PAS selalu berbohong dan mungkir janji. “Dalam PRU 1995, pencabulan PAS lebih besar. Lagi banyak kawasan berlaku pertandingan tiga penjuru,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Ketiga, perangai PAS yang menikam kawan. Selepas mengetahui keputusan PRU 1990, PAS secara angkuh dan sombong terus menghadap Sultan Kelantan untuk menyembahkan barisan EXCO tanpa berunding atau merujuk kepada Semangat 46.

Tinggalkan kawan

“Baru dapat sedikit kuasa, mereka mabuk dan tinggalkan kawan.” Akibatnya, beliau terpaksa menghadapi kritikan daripada pengikutnya.

“Saya dikatakan lemah, mudah tunduk kepada PAS. Masa itu, saya mengalah sementara waktu, bukan kerana lemah tetapi kerana utamakan perpaduan. Saya tidak mahu dituduh berjuang kerana jawatan atau kepentingan diri, selain menaruh harapan PAS berpegang kepada prinsip kejujuran, keikhlasan dan amanah dalam persahabatan,” jelasnya.

Kemuncak kebaculan PAS, menurut Ku Li, ialah dolak-dalik dalam soal penyatuan dan masa depan Melayu-Islam. Dalam satu mesyuarat di rumahnya pada 19 Jun 1995, Ku Li memaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS hasratnya berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan itu.

Mereka yang hadir termasuk Datuk Fadzil Noor, Datuk Mustafa Ali, Datuk Dr Harun Taib, Hassan Shukri, Dr Sanusi Daeng Mariok dan Abdul Halim Arshad. Ada pemimpin PAS yang bersetuju dan menggalakkan cadangan itu, malah ada yang ghairah untuk turut serta berjumpa Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu.

Tuduh curang

“Apabila pertemuan dengan Dr Mahathir diadakan (pada 14 April 1996), mereka melatah dan tuduh saya curang. Tidak ada seorang pun yang hadir dalam perjumpaan di rumah saya itu berani tampil membetulkan keadaan,” keluh Ku Li.

Dalam muktamarnya tahun itu, PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Semangat 46.

“Inilah cara PAS berkawan. PAS bercerai dengan kami bukan kerana Islam. Tiada alasan keislaman PAS bermusuh dengan kami kerana semua cadangan PAS berkaitan Islam kita sokong. PAS berpisah dengan kami semata-mata kerana kuasa.”

Dari Fb Asmah Karamin Askara


OMAIGODD!! RAFIZI UGUT WARTAWAN!


Helloo uools..meh kite nak story pasal encik rafizi yang dah berani nak ugut2 wartawan uoollss..sebab die nak ugut sangat tak munasabah okeyhh.Rafizi telah mengugut wartawan semasa sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat lalu.  Die datang dengan muke penuh konfiden dan selambe budget hebat lah kann...Tujuan sidang akhbar dilakukan adalh untuk mendedahkan latar belakang papa gomo yang telah meyebarkan video berkaitan ketua kesayangannya itu di samping membela lah anwar tu.  Rafizi mengatakan jangan kite percaya dengan papa gomo kerana papa gomo kononnya mempnyai latar belakang yang burok..urrgghh..ade je fitnah yang nak dikeluarkan ka uoollss..

Tak kira la ape pun latar belakang papa gomo uolss isu topss sekarang ialah pasal ketua pembangkang yang ade perangai yang sangat menjijikka uoollss..eeuuuww..dan semasa sidang media tu uoolss rafizi bertindak mengugut wartawan dari Agendadaily kerana beliau telah mengajukan soala kepada Rafizi tentang mengapa mereka hanya mahu menyaman papa gomo ttpi tidak menyaman trio Datuk T yang dedah video seks china doll yang 99.9 % tulen tu kann...

Apabila soala diajukan..si rafizi ni mula la mengaitkan wartawan Agendadaily dengan UMNO lah ape lah..nampak sangat tak boleh nak jawab uolss.tak de telorr kee..hewhewhew.Ketegangan berterusan hingga Rafizi bertindak mengugut wartawan untuk memanggil pengawal keseamatan uoolss bagi mengusir wartawan itu jika terus bertanya!urghhh perlu ke sampai macam tu sekali uoolss..

sooo fikir lah sendiri..kalau tak salah and konfiden sangat kann kenapa sampai nak HALAU WARTAWAN uoollss..daaa~

Ahad, 24 Mac 2013

VIDEO ANWAR MAIN BELAKANG!! OMG!!


 Enjoyyy uoollsss...eeuuuwwww!haaaahahahhhahahhahahhah

IOLLSS TAHU SIAPA PAPA GOMO!


Helloo uoolsss..bagi uolss yang selalu ikut perkembangkan blog2 ni haruslah tahu pasal blog meletops papa gomo kan uoollss..papa gomo ni ialah blogger pro BN..Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman  blog Papa Gomo sebanyak RM 100 juta..haa!kau mampu?

Ni la akibat kalau tak tahan dengan kutukan yang diberi oleh orang lain..kalau dah tak salah tu uoolss.kenapa cepat melatah...buat relax dah la kann kan kan..aish..anwar tu da tahu ke sape sebenarnye papa gomo?jangan tersalah saman dah la uoolss..kang malu sendiri taw..hewhewhew..


Bukan senang nak jadi blogger..nak up up story pasal politik kat Malaysia ni uooollss..kami cuba berbakti tapi nak kena hadap hadap saman ni pulakss kann..be profesional la sikit kann..soo Papa Gomo keep ur blog meletops okeyh..daaa~

Pssstttt..Anwar jangan SAMAN KAMI...

Sabtu, 23 Mac 2013

ANWAR IBRAHIM: KENAPA ABANG LARI??


Helloo uuoollsss..hari ni kite nak up story pasal cik abang anwar ibrahim ni uuoollss.eh eh eh..kenape la abang lari abang oii..kenape abang nak bertanding di tempat lain abang?abang dah buat ape kat permatang pauh tu sampai abang lari?

Abang goyang ke sebab permatang pauh selalu mendendangkan lagu "tanya sama pokok"..abang kalau tak salah kenapa nak lari2 ni abang?hewhewhew..Tambah lagi media baru banyak mendedahkan penglbatan abang kite ni diuar negara termasuk agenda yahudi dye memberi sokongan dengan mmberi sokongan kepada pencerobohan Israel

Sebenarnya la kan uoolss..cik abang kite ni nak masuk kawasan yang masih "suci" la yang masih tidak terdedah dengan story story panas abang kite ni uooollss..katenye anwar mungkin akan datang bertanding di Perak..nak datang sini buat ap cik abang? soo mamat mamat jambu diperak JAGE JAGE UOOLSS..daaa~  


Jumaat, 22 Mac 2013

MAK AII!!! Musa Hassan VS Tian Chua

 VS 

Helloo uuoolss..hari ni story kite mengenai mantan Ketua Polis negara kita ni iaitu Tan Sri Musa Hassan.  Beliau sangat marah dengan apek cina kita ni si Tian Chua..korang semua mesti da tahu pasal kenyataan panas yang Tian Chua pernah keluarkan dulu mengenai para pejuang negara kite ni uollss..korang memang da tawu apek ni sangat biadap kann.geram sangat kite dengan apek ni uoolss.

Sape tak marah kalau dah kawan2 seperjuangan dikutuk dan dihina uollss..lebey kan apek ni..orang macam ni la punca anak-anak muda kite sekarang pandai kurang ajar dengan orang yang lagi tua daripada diorang uoollss...eee mintak simpang uollss..kite kalau dapat anak biadap uoolss..kite cili2 kan mulut die uoolss..die ni mungkin salah dididik dari kecik sebab tu dah besar macam ni kurang ajar macam ni..

Ape la salahnye uollss kite memperingati perjuangan mereka daripada kite mencaci and memfitnah bende yang tak masuk akal uoolss..selamat ade orang macam Tan Sri Musa Hassan yang mempertahankan kasi tutup mulut apek ni..kalau kite jadi apek ni uolllss..kite malu nak keluar rumah uoolss..memalukan sangat kann! urrgghh!

Khamis, 21 Mac 2013

BN Perak Tidak Gentar Hadapi Anwar !


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abul Kadir berkata BN Perak langsung tidak gentar untuk hadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keputusannya untuk bertanding di kerusi parlimen perak atau selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Kenapa perlu takut ? Perkataan 'Takut' tidak wujud di dalam kamus politik, katanya. Perkataan takut itu perlu dihalakan kepada Anwar kerana mengapa dia tidak kekal bertanding di Permatang pauh. Kenapa dia (Anwar) tidak mempertahankan kerusi parlimennya di Permatang pauh. Adakah dia gentar berada di Permatang Pauh. Apa yang dia dah buat di Permatang Pauh ?







Rabu, 20 Mac 2013

Kaki Penipu !


Hello uolllss. Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat fitnah terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perdana Menteri. Dia mendakwa Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan pegawai tertinggi tentera dan meminta semua pasukan keselamatan melakukan rampasan kuasa jika Barisan Nasional kalah dalam PRU ke-13. Tetapi pihak ATM menafikan menerima arahan sedemikian.

Nizar di Ceramah Taman Desa Pakatan, Station 18 Pengkalan


 Jangan libatkan kami dalam perkara begini. Memandangkan beliau telah buat kenyataan, beliau perlu tunjukkan  bukti. Kalau tidak, jangan undi dia. "Ada laporan polis dibuat terhadp beliau dan biarlah pihak berkuasa siasat," - Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

Panglima ATM dikatakan berang dengan kenyataan hasutan & fitnah oleh Nizar dan mnyifatkan tuduhan itu tidak berasas kerana mengaitkan ATM dan Perdan Menteri pada satu ceramahnya di Perak. Panglima ATM  Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Nizar itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.






OOUUCHH!! ANWAR IBRAHIM DIIKTIRAF GAY OLEH PKR!!


Helloo uuoolsss..hari ni kite nak story pasal pihak pembangkang yang dah mengaku sendiri uolss pasal kes anwar ibrahim tu.ramai da tawu pasal video anwar ibrahim yang teeettt tu kan.kite malas nak sebut kat sini uollsss..ooppss!!


Tweet kat atas ni da cukup bukti yang pihak PKR sendiri dah mengaku yang Anwar ni gay uoolss...kamooonn laa..korang nak ke ade pemimpin yang macam nie? GAYY! omaigodd..kalau bende ni berleluasa macam mane uoollss? korang nak ke lelaki gay jalan pimpin tangan kat shopping complex tanpa rase malu?xkan nak tengok anak2 muda kite ni banyak yang gay..habis anak2 dare macam mane? nak andartu sampai ke tua ke uoolss..

Kalau parti sendiri dah mengaku siap up tweet pasal bende ni..ape lagi yang anwar nak sangkalkan...ape lagi yang die nak tepis tepis lagi?ni bukan fitnah uoollss..renungkan okeyhhhh..daaa~

Selasa, 19 Mac 2013

APE LAGI YANG ZAMBRY TAK BAGI PADA RAKYAT???


Hellooo uuoolsssss..hari ni kite nak story pasal MB Perak ..confirm korang kenal siapa kan..Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir..ni lah MB yang patut dihormati dan disayangi oleh rakyat diperak.  Kalau nak dikira dari tahun 2008 sampai sekarang ni haa uoollss..ape yang beliau tak pernah bagi kat rakyat..haa!cakap laa..cakapp..ade tak?


Ramai yang cakap pada kite berdasarkan soalan yang ditujukan kepada para penduduk di serata perak, kebanyakkan jawapan yang kite terima semuanya positif. Antara jawapan yang diterima "mb baik hati dan prihatin', "mb berjiwa rakyat", "Dato Zambry pemurah dengan senyuman".  

Sepanjang beliau memimpin Perak, telah banyak yang diberikan kepada rakyat sebagai contoh Klinik Kesihatan Baru di Lenggong,banyak jalan raya yang telah diperbaiki seperti lampu dan jalan tar.Bagi pemuda pula banyak gelanggang futsal dan sekolah telah diperbanyakkan di seluruh perak.


Terlalu banyak bantuan yang telah diperuntukkan serta diluluskan kepada rakyat.kamoonn uolss..mane kite nak dapat pemimpin yang sangat mementingkan rakyat.beliau tidak peduli walau dikutuk, dicaci pihak pembangkang..beliau tetap berdiri maju tersenyum kepada rakyat.

Hanya beliau tahu apa yang dilalui..segala penat lelah melayan segala karenah rakyatnya.  Beliau cuba sedaya upaya untuk memberi segala yang termampu kepada rakyat kesayangannya.  kamooonn uoolss tak kan nak duduk rumah je tengok pemimpin kita ni dihina pihak pembangkang walhal pihak pembangkang ade ke dilihat memberi ape2 kepada rakyat selain beri habuan kepada diri mereka sendiri...puhleaasseee jangan termakan janji kosong diorang uolss..daaa~



Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Kecil Lenggong di Dun Kota Tampan.


MB Perak ketika Merasmkan Karnival Usahawan di Dataran Lenggong

Hello uolss. Disini iolls nak cerita ringkas tentang lawatan MB Perak di daerah kecil lenggong semalam. Aturcara dimulakan dengan lawatan ke tapak klinik kesihatan 4 baru lenggong dan lawatan ke projek pejabat daerah & tanah baru lenggong.
Antara yang mndapat bantuan di karnival usahawan Lenggong

Aturcara diteruskan dengan merasmikan Karnival Usahawan  Lenggong. Peserta yang  terlibat ialah usahawan,petani,peternak&nelayan,pkebun kecil,koperasi,penjaga,kontraktor dan lain lain. MB menyerahkan bantuan kepada usahawan, koperasi, nelayan, majlis pertanian parlimen lenggong.
Majlis Pecah Tanah Projek RPT Cherakoh Lenggong oleh MB Perak
Kira kira 12 tengahari MB membuat lawatan ke Tapak Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan diteruskan dengan majlis pecah tanah projek RPT Cherakoh Lenggong. Selepas itu diteruskan dengan makan tengahari "Ala Lenggong" bersama penduduk Mukim Durian Pipit Dan Temelong di Tanjing Petanda.

Selepas rehat dan solat zohor aturcara diteruskan dengan merasmikan Kompleks Komuniti KEMAS Lenggong bersam warga KEMAS Lenggong & Ibu bapa.

Pada pukul 5 petang majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Lenggong di Dataran Lenggong dihadiri 1500 konvoi bermotorsikal.