Lewat malam ahad lepas pada kira-kira pukul 12 tengah malam berlaku kekecohan di Kampung Sungai Rokam di mana kira-kira ratusan orang penyokong BN dan penyokong PAS berkumpul di jalan utama dari Kampung Sungai Rokam menuju ke Pekan Razaki hingga menyebabkan lalulintas terganggu. Kekecohan didapati berpunca dari banner gambar Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Naib Ketua Wanita UMNO tertera perkataan "Wanita Sudah Tiada Nilai Dalam UMNO" dipasang di tepi jalan utama ke Pekan Razaki dipasang oleh penyokong Pas untuk tujuan provokasi.
Penyokong Barisan Nasional membantah gambar Bekas Naib Ketua Wanita diaibkan dengan menjadikan banner bagi bahan kempen puak pembangkang. Kekecohan berlaku dan menyebabkan pihak polis dan SPR campur tangan. Trak Unit Simpanan Persekutuan dengan kira-kira tidak kurang dari 10 anggota tiba untuk membantu menenteramkan keadaan.
Penyokong BN bersorak 'buka, buka, buka' meminta pekerja pilihanraya pas menurunkan banner tersebut. Setelah rundingan antara pihak polis dan kedua-dua wakil penyokong parti, mereka akhirnya akur untuk menurunkan banner tersebut.

Selepas itu, berlaku lagi kekecohan berpunca provokasi yang dilakukan oleh pihak pas lagi dimana papan tanda besar di hadapan pagar masuk ke Dewan Dato Ahmad Said Sungai Rokam tertulis "Dulu UMNO Sekarang PAS" dengan gambar bekas Menteri Besar Selangor Muhamad Taib, Tamrin Ghafar Baba serta beberapa bekas pemimpin UMNO.
Pihak Polis berjaya menenangkan kedua belah pihak dan sehingga pukul 1.30 pagi keadaan sudah terkawal dan penyokong masing masing bersurai. Dijangka satu mesyuarat diantara kedua dua belah pihak akan diadakan bersama pihak polis dan spr pada esok paginya.
Pihak SPR diharap dapat bertegas dan mengambil tindakan dalam soal ini dimana pas dengan sengaja cuba membuat provokasi dan boleh mengundang pergaduhan di waktu kempen pilihanraya ini.