Jumaat, 5 April 2013

Bicara Rakyat: Komer Tau Tak?



Bila Pak Mat mengamuk takder siapa pun yang berani dekat. Siapa saja yang datang dekat pasti kena maki sekali. Pernah satu ketika dulu, entah apa kepala angin nya pak mat ni, tiba tiba dia merepek repek maki hamun ustaz ajis ustaz kat kampong kami. Aku dan kengkawan yang duduk dalam warung tu mula cari port meja lain dan dari belakang tiang je perhatikan gelagat pak mat. 

Sampai je kat warung tu, pak mat terus duduk dan menjerit... Nescafe tarik kawwwww satu..... Terperanjat beruk tukang basuh pinggan yang kat belakang warung. Mana tak nya, sedang dok layan basuh pinggan tiba tiba dah macam suara halilintar je bunyi nya pak mat menjerit...

Terkocoh kocoh yati, janda muda menghantar nescafe pada pak mat lepas tu. Mata pak mat tajam memerhatikan ponggong yati. Walaupun janda tapi yati masih bergetah lagi. Semua penduduk kampong dah paham benor dengan perangai pak mat, kalau lambat sampai nescafe nya dah tentu tentu sebakul dapat maki hamun percuma. Tapi kalau yati yang mengantor air, boleh le kurangkan sikit temper si pak mat tu.

Dalam dok dia meniup niup gelas sebab nak cepat sejukkan air nescafe tu, sempat jugak dia mengomel sengsorang, " apa punya ustaz, kalau berani mari le berdebat dengan aku. Macam bagus sangat ke dia? Ngomel pak mat sengsorang.

Kami yang ada berdekatan, diam seribu bahasa. Ada yang tahan nafas takut pak mat terdengar dan kami pulak jadi mangsa untuk mendengar leteran dia.
Kalau pak mat nampak kami dah tentu di panggilnya kami dan kami dah tentu tentu jadi macam "punching beg" untuk pak mat melepaskan geram pada ustaz ajis.

[ BACA SETERUSNYA DISINI ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan