Rabu, 3 April 2013

PAS Gagal Pertahan Islam !

Mohd Zin ketika memberi ucapan di Bilik Perang BN Pandan Indah, semalam.

Kredibiliti Pas di Selangor didakwa sudah hancur kerana gagal mempertahankan akidah Islam di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, sekiranya Pas mengatakan satu undi kepada parti ini adalah untuk mempertahankan akidah Islam merupakan satu pembohongan.
Menurutnya, pemimpin Pas sebelum ini sanggup bersetuju dengan saranan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dalam isu penggunaan kalimah ALLAH hanya semata-mata untuk mendapatkan pulangan politik.

“Malah, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut tidak membenarkan kalimah ALLAH diguna pakai oleh orang bukan Islam namun Pas tidak mempertahankannya,” katanya semasa  lawatan kerja ke Parlimen Pandan, semalam.

Sebelum itu, Mohd Zin turut membuat lawatan kerja ke Bilik Perang BN di Pusat Komersial Pandan Indah, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lorong Bersih Pandan (Dun Cempaka) dan PDM Taman Saga (Dun Teratai).

Mengulas peluang BN untuk merampas kembali Dun Cempaka daripada Pas, Mohd Zin berkata, peluang itu ada dan tiada sebab BN akan kalah pada pilihan raya nanti memandangkan calon lawan adalah dari Pas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan