Ahad, 28 April 2013

KISAH PAS DAN KITAB JINGGA


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.


Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan