Ahad, 7 April 2013

Manifesto BN adalah satu Dokumen 'Aku Janji' Kepada Rakyat !


Pelancaran manifesto Barisan Nasional malam tadi diatur untuk membolehkan seluruh rakyat menghayati bersama-sama pencapaian dan janji-janji BN jika diberi mandat baru pada Pilihan Raya Umum ke-13. Manifesto BN bukan hanya sekadar manifesto tetapi satu dokumen 'aku janji' kepada rakyat, kata Pengerusi  BN Datuk Seri Najib Tun Razak.  Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang , Kerajaan dan Antarabangsa , Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, manifesto yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalh baik dan realistik berbanding manifesto Pakatan Rakyat. 



Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan Najib menyifatkan perhimpunan malam tadi adalah sangat luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dlam politik. Suasana perhimpunan diselubungi 'lautan biru' dengan hadirin dan juga para pemimpin memakai baju berwarna biru bersert simbol dacing. Bagi yang tidak berpeluang memasuki stadium , skrin besar disediakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan