Isnin, 15 April 2013

Gempar ! Nik Aziz hampir pengsan !


Hello uollss. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat semalam selepas didakwa hampir pengsan kerana kepenatan berikutan kepadatan program sempena Pilihan Raya Umum ini.

Menteri besar Kelantan itu yang tiba tengahari semalam untuk menyampaikan ceramah di Dataran Tok Din dalam keadaan duduk. Selepas selesai ceramah Nik Aziz terpaksa didukung kerana didakwa terlalu letih untuk berjalan. Dia mendapatkan khidmat urutan di masjid itu.

Berikutan itu, Nik aziz terpaksa membatalkan program bersama pelajar sebuah sekolah agama. Selepas menerima urutan beliau bersama rombongan bertolak ke Segamat bagi menyampaikan ceramah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan