Isnin, 29 April 2013

HASSAN ALI MAKI MUSTAPHA ALI!!


Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan tindakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin parti itu agar tidak meneruskan pertikaian isu hudud seolah-olah tunduk kepada DAP. 


Hasan berkata perbincangan mengenai isu hudud merupakan hak masing-masing terutama mereka yang beragama Islam. 

"Mustafa Ali tidak berhak untuk menyuruh ahli politik sama ada PAS atau di luar PAS berhenti membincangkan hudud kerana berhenti membincangkannya bererti berhenti kita menjadi orang Islam, berhenti kita menjadi orang Melayu, berhenti kita mempertahankan institusi raja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan