Rabu, 10 April 2013

PAS Umum Calon Muka Baru !



Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain malam semalam membuat pengumuman muka baru yang akan bertanding pada PRU-13.
Dalam ceramah yang diadakan di Kampung Permatang, Pasir Panjang, Lumut itu, Abu Bakar berkata, untuk peringkat permulaan, beliau hanya mengumumkan lima orang calon dan dua daripadanya adalah muka baru.
"Antara yang akan bertanding ialah Rohawati Abidin yang akan bertanding di DUN Pasir Panjang, Nazri Din di DUN Kubu Gajah, Idris Ahmad di Parlimen Bukit Gantang, dan Datuk Seri Nizar Jamaludin di DUN Changkat Jering," katanya.

Beliau berkata, petang semalam PAS Perak telah umumkan bekas pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari yang akan bertanding di Parlimen Larut.
"Calon lain yang akan bertanding akan kita umumkan pada Khamis minggu depan bersama-sama dengan calon daripada DAP dan PKR," tambahnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan