Jumaat, 3 Mei 2013

BARISAN NASIONAL KERAJAAN TERBAIK!!



Kajian oleh Majlis Profesor pd minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas. 


BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan. Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%. 

Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan