Sabtu, 4 Mei 2013

KEPUTUSAN PRU 13 : ANALISIS BLOGER GAP.

Esok adalah hari terakhir kempen pru 13. insyaallah keputusan pilihanraya bakal kita ketahui beberapa jam selepas tempoh pengundian di tutup.

pru 13 merupakan katalis politik yang menggerunkan, ertikata kata lain ini adalah hidup mati politik sebuah parti.

pada tahun 1999, umno hampir tergugat dek kerana melayu pada waktu itu terpesona dengan laungan reformasi. 

dikala bayangan para penyokong yang mengkehendaki selangor tumbang ( atas alasan reformasi berlaku di lembah klang) sebaliknya keputusan luar jangka yang berlaku.

trengganu di bawah pemerintahan wan mokhtar tumbang dan digantikan dengan pemerintahan pas.

manakala kedah pula terpaksa bermain dengan keputusan 50/50, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh penyokong pas di sana.

jelaslah, adakala ekspetasi dan jangkaan politik TIDAK SEMESTINYA akan berlaku pada sebarang keputusan pru.

trengganu pernah diperintah pas pada 1999 hingga 2004. 

dikala sewajarnya politik dasar diimplementasi dengan janji dipenuhi, sayangnya pemerintahan pas trengganu lebih fokus kepada penyelesaian politik ALA CERAMAH.

konsep sebegini pada sekitar era reformasi memang mendatangkan sokongan populis.

namun setelah 15 tahun berlegar dalam suasana sebegini, aku berkeyakinan ide politik ceramah sebegini tidak mendatangkan keputusan kepada pengundi untuk memilih parti lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan