Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan
lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan
untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak
tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.
Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan
telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk
digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan
persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.
Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini
jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan
Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar
belakangkan logo BN yang dipasang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan