Khamis, 28 Mac 2013

Dun Perak bubar automatik 25 April


Hello uoollsss. Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya pada 25 April ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang hingga tarikh berkenaan. Kerajaan negeri hanya menunggu isyarat kerajaan Persekutuan berhubung pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihanraya diadakan serentak di seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengeni tarikh membubarkan Dun malah Perak masih menpunyai tempoh lebih kurang sebulan sebelum terbubar secara automatik.

Tarikh DUN terbubar

"DUN Perak akan terbubar sacara automatik pada 25 April ini dan tidak timbul soal hendak bubar DUN seprti diuar-uarkan negeri pembangkang". "Apa yang jelas, kita akan mengadakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional dan kini kita menanti pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya elepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan