Selasa, 19 Mac 2013

Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Daerah Kecil Lenggong di Dun Kota Tampan.


MB Perak ketika Merasmkan Karnival Usahawan di Dataran Lenggong

Hello uolss. Disini iolls nak cerita ringkas tentang lawatan MB Perak di daerah kecil lenggong semalam. Aturcara dimulakan dengan lawatan ke tapak klinik kesihatan 4 baru lenggong dan lawatan ke projek pejabat daerah & tanah baru lenggong.
Antara yang mndapat bantuan di karnival usahawan Lenggong

Aturcara diteruskan dengan merasmikan Karnival Usahawan  Lenggong. Peserta yang  terlibat ialah usahawan,petani,peternak&nelayan,pkebun kecil,koperasi,penjaga,kontraktor dan lain lain. MB menyerahkan bantuan kepada usahawan, koperasi, nelayan, majlis pertanian parlimen lenggong.
Majlis Pecah Tanah Projek RPT Cherakoh Lenggong oleh MB Perak
Kira kira 12 tengahari MB membuat lawatan ke Tapak Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan diteruskan dengan majlis pecah tanah projek RPT Cherakoh Lenggong. Selepas itu diteruskan dengan makan tengahari "Ala Lenggong" bersama penduduk Mukim Durian Pipit Dan Temelong di Tanjing Petanda.

Selepas rehat dan solat zohor aturcara diteruskan dengan merasmikan Kompleks Komuniti KEMAS Lenggong bersam warga KEMAS Lenggong & Ibu bapa.

Pada pukul 5 petang majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Lenggong di Dataran Lenggong dihadiri 1500 konvoi bermotorsikal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan