Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini. Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut.
Cuba kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan ulama' pondok tadi. Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada tahun 70-an dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan